Friday, October 22, 2010

PelanJanGka PanJang





 Kalau tidak ada aral melintang, penghujung 2013 adalah hari graduasi. Selepas dari hari ini, bermula tugas sebagai seorang guru.Namun:
bukan hanya mahu menjadi seorang guru,
Guru Cemerlang menjadi idaman hati,
Bukan angan-angan kosong,
Akan ku usahakan nanti..

Amin


Hajat di hati ingin meneruskan pembelajaran selepas menghabiskan ijazah pertama. Rancangan seterusnya ialah dengan meyambung pengajian dengan mengambil Master dalam bidang Kimia. Diriku bukan lah sehebat mana, akan ku cuba untuk merealisasikannya.
Dalam diam diriku melihat rakan seperjuangan dari sekolah menengah sudah berjaya menjejakkan kaki diluar negara. Dengan izin Allah, diriku mahu menjadi seperti mereka menyambung pengajian diluar negara.Bukan di dalam negara tidak menjadi pilihan,diriku sekadar ingin beralih arah dalam memperkembangkan minda, pandangan dan pengalaman. Semuanya akan ditumpukan pada bidang Kimia dengan harapan akan dapat menghasilkan bahan yang berguna untuk kegunaan semua. Akhirnya, ”Prof. Nadiah” sedap bunyinya. Semoga ini akan menjadi kenyataan

Rancangan memperkembangkan kerjaya bukan impian kosong, tetapi ia adalah sebagai garis panduan memajukan diri dalam kerjaya sebagai seorang pendidik kelak.

InsyaAllah

peLan Jangka Pendek

Julai 2009/2010bermula perjalanan dalam era pendidikan tinggi untuk membentuk diri menjadi seorang guru. Pendidikan Sains dengan membawa major Kimia dan kemahiran hidupadalah jurusan yang akan dipelajari dalam tempoh tersebut. Segala perancangan haruslah diatur sepanjang dalam tempoh tersebut.
Antaranya ialah
1) menempatkan diri dalam senarai dekan dengan mendapat pointer 3.75 ke atas

2) mengatifkan diri dengan program-program Universiti
3) menjadi pengarah program sekurang-kurangnya satu program

sesungguhnya Universiti adalah tempat paling baik untuk memperkembangkan diri sebelum memasuki alam pekerjaan kelak. Menimba pengalaman dan pengetahuan untuk membentuk diri dengan penuh sikap kepimpinan

Menjadi Mahasiswi cemerlang terbilang dan gemilang. InsyaAllah.
Doakan diriku semuanya

Falsafah Sains

Pengetahuan tentang pengertian ilmu pengetahuan yang sistematik yang boleh diuji serta boleh dibuktikan dengan kebenaran yang boleh dianggap sebagai ilmu tertinggi serta mampu menjadi dasar pada ilmu-ilmu lain.

Falsafah Pendidikan Sains

Pendidikan Sains di Malaysia adalah untuk memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetetif, dinamik,tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.

Bagaimana falsafah ini mempengaruhi perancangan sains sekolah rendah dan menengah ?

Sains membekalkan satu rangka konsep melalui kurikulumnya yang membolehkan murid memahami alam sekeliling. Melibatkan pemahaman dalam beberapa bidang ilmu kajian seperti Ilmu hidupan, bahan, fizikal, alam semesta derta dunia teknologi, Ilmu ini menjadi lebih bermakna bila mana murid dibantu menghubungkaitkan fakta dan konsep dalam kehidupan hariannya, membuat pengitlakan dan diberi peluang mengaitkan pembelajaran baru yang diperolehinya dengan pengetahuan sedia adanya
Berpaksikan falsafah tersebut, KBSR dan KBSM yang digubal adalah memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut ;
- pembelajaran menerusi pengalaman dan relevan kepada kehidupan harian atau pengetahuan sedia ada murid
- perkembangan kemahiran saintifik dan kemahiran berfifkir secara kritis dan kreatif
- penerapan nilai intrinsic sains dan nilai murni
- pendekatan inkuri
- penyelidikan dan penyelesaian masalah, dan;
- aplikasi prinsip sains
Jelasnya, dengan adanya kesepaduan antara Pengetahuan, Kemahiran Saintifik dan Nilai Murni dalam Kurikulum Sains Sekolah ini diharapkan berupaya melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak mulia untuk membentuk masyarakat berbudaya sains dan teknologi, ikram, dinamik dan progresif supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi ciptaan alam.

FalsaFah PendidiKan Guru

Falsafah Pendidikan Guru:

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

Dari subuh ke senja hari,
Kau turunkan ilmu setulus hati,
Kau lah pencorak generasi kini,
Kau lah Guru sentiasa di hati.


Ilmu diberi penuh keikhlasan,
Tanda mendidik jiwa insan
Antara beban atau tugasan,
Kau pilih sebagai satu sumbangan.


FalsaFah PendidikaN KebaNgsaaN


Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

faLsafah Diriku...


Dalam mengharugi hidup sebagai seorang pelajar, sahabat, anak, tidak akan lekang dek di uji oleh pelbagai cabaran. Namun itu bukanlah titik noktah untuk berhenti menggandakan usaha untuk berjaya. Falsafah Hidup saya ialah
" sekali berada diatas tidak mustahil jatuh kebawah semula,sekali jatuh kebawh tidak bermakna tidak boleh bangkit semula, sekali terlalu meninggi diri akan dibenci selamanya."

Bersederhanalah dalam menjalani kehidupan ini. Kerana besederhana dalam semua perkara adalah baik agar dapat membentuk insan yang penuh kesederhanaan.

Sekolah bestari , membestarikan diri....

Tugasan ini adalah tugasan pertama yang telah diberikan oleh Pn Asmayati. Kami dikehendaki membuat analisis data daripada 2 sumber yang telah diberikan iaitu

http://www.msc.com.my/smartschool/downloads/blueprint.pdf
http://www.msc.com.my/smartschool/downloads/roadmap.pdf
Kedua-dua sumber ini adalah dalam Bahasa Inggeris. Tidak saya nafikan,pada mulanya agak sukar membacanya. Hal ini kerana, banyak yang perlu dibaca. Namun secara peribadi saya merasakan ia sangat bagus kerana melalui pembacaan daripada 2 sumber tersebut saya dapat meningkatkan vocabolary saya . Antaranya ialah perkataan delibrated, aptitude dan lain-lain. Keduanya saya dapat memahami apakah itu Sekolah Bestari yang telah diuar-uarkan selama ini. Sekolah bestari menjadi satu medium bagi membangunkan kebolehan pelajar kelak. Selain itu, guru juga akan mendapat tempiasnya kerana guru turut terlibat dengan projek sekolah bestari. Mereka(guru) adalah penyampai yang utama.

Tugasannya ialah mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut:
1. Apakah maksud sekolah bestari?
2. Bagaimanakah sekolah bestari berbeza dengan sekolah kerajaan yang lain?
3. Apakah Objetif Sekolah Bestari?
4. Bincangkan peranan guru,pelajar dan ibu bapa untuk mencapai objektif Sekolah Bestari?
5. Apakah kemahiran dan pengetahuan yang perlu dimilki oleh guru alaf baru dalam memainkan peranan yang efektif dalam pendidikan Sekolah Bestari?


Melalui pembacaan, Sekolah Bestari adalah institusi pendidikan yang disusun dari aspek pengajaran dan pembelajaran untuk menyediakan dan menyiapkan generasi muda kepada dunia teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang luas dalam sekolah bestari adalah lambang kemajuan dan keupayaan dalam mengadaptasi kecanggihan teknologi untuk digunakan dalam bidang pendidikan. Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) sebagai pemudah cara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. MUDAH,CEPAT,PADAT dan MENARIK. Itulah yang dapat digambarkan melalui Sekolah Bestari.

Apabila menjadi guru kelak, saya merasakan ini adalah sebagai kemudahan untuk membantu guru menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar dan sumbernya tidak terbatas kepada buku teks dimana hanya mengamalkan ’chalk and talk’ sahaja. Bahan-bahan yang dapat ditunjukkan menerusi penggunaan ICT adalah bergerak dan bewarna. Ini akan memudahkan pelajar untuk memahami disamping mewujudkan satu suasana baru dan kondusif untuk belajar dengan seronok.

Semua pihak terlibat dalam menjayakan Projek Sekolah Bestari. Antaranya ialah, pentadbiran sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan pelajar. Penglibatan secara total dan aktif akan membolehkan lima objektif Projek Sekolah Bestari akan dicapai.

Sekolah Bestari menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan institusi pendidikan negara kita. Generasi yang dibentuk melalui Projek Sekolah Bestari diharapkan mempunyai kualiti yang seterusnya akan membangunkan negara kelak.

Proses menganalisis data

Dalam menyiapkan tugasan ini, pembacaan berulang kali dilakukan untuk memastikan jawapan yang di didapati daripada pembacaan adalah sejajar dengan soalan yang telah diberikan. Ini adalah tujuan utama dalam menyiapkan tugasan ini. Pelajar( kami) dapat mencari dan mengeluarkan isi-isi penting berdasarkan soalan yang diberikan. Kemahiran yang dipelajari ialah mencari kata kunci pada soalan untuk mencari jawapan daripada 2 sumber tersebut.

Pembahagian tugas dibuat antara saya dan seorang kawan supaya tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Untuk menyiapkan tugasan ini langkah-langkah tersebut dilakukan

1) melakukan bacaan sepintas lalu pada kali pertama
2) memahami kehendak soalan yang diberikan
3) melakukan pembacaan kali kedua, dan menandakan kedudukan isi-isi berdasarkan soalan. Semasa proses ini pemahaman melalui kata kunci setiap soalan adalah penting supaya idak terkeluar daripada soalan
4) menjawab soalan berdasarkan isi yang diperoleh
5) membaca kali ketiga apabila tugasan selesai untuk memastikan isi yang diperolehi adalah tepat.
6) Semakan terakhir sebelum dihantar


Kemahiran yang deproleh ialah:
1) memahami teks dalam Bahasa Inggeris
2) mengenal pasti isi-isi penting berdasarkan soalan

the ElemenT sOng!!!