Friday, October 22, 2010


Falsafah Sains

Pengetahuan tentang pengertian ilmu pengetahuan yang sistematik yang boleh diuji serta boleh dibuktikan dengan kebenaran yang boleh dianggap sebagai ilmu tertinggi serta mampu menjadi dasar pada ilmu-ilmu lain.

Falsafah Pendidikan Sains

Pendidikan Sains di Malaysia adalah untuk memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetetif, dinamik,tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.

Bagaimana falsafah ini mempengaruhi perancangan sains sekolah rendah dan menengah ?

Sains membekalkan satu rangka konsep melalui kurikulumnya yang membolehkan murid memahami alam sekeliling. Melibatkan pemahaman dalam beberapa bidang ilmu kajian seperti Ilmu hidupan, bahan, fizikal, alam semesta derta dunia teknologi, Ilmu ini menjadi lebih bermakna bila mana murid dibantu menghubungkaitkan fakta dan konsep dalam kehidupan hariannya, membuat pengitlakan dan diberi peluang mengaitkan pembelajaran baru yang diperolehinya dengan pengetahuan sedia adanya
Berpaksikan falsafah tersebut, KBSR dan KBSM yang digubal adalah memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut ;
- pembelajaran menerusi pengalaman dan relevan kepada kehidupan harian atau pengetahuan sedia ada murid
- perkembangan kemahiran saintifik dan kemahiran berfifkir secara kritis dan kreatif
- penerapan nilai intrinsic sains dan nilai murni
- pendekatan inkuri
- penyelidikan dan penyelesaian masalah, dan;
- aplikasi prinsip sains
Jelasnya, dengan adanya kesepaduan antara Pengetahuan, Kemahiran Saintifik dan Nilai Murni dalam Kurikulum Sains Sekolah ini diharapkan berupaya melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak mulia untuk membentuk masyarakat berbudaya sains dan teknologi, ikram, dinamik dan progresif supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi ciptaan alam.

No comments:

Post a Comment

the ElemenT sOng!!!