Friday, October 22, 2010

Sekolah bestari , membestarikan diri....

Tugasan ini adalah tugasan pertama yang telah diberikan oleh Pn Asmayati. Kami dikehendaki membuat analisis data daripada 2 sumber yang telah diberikan iaitu

http://www.msc.com.my/smartschool/downloads/blueprint.pdf
http://www.msc.com.my/smartschool/downloads/roadmap.pdf
Kedua-dua sumber ini adalah dalam Bahasa Inggeris. Tidak saya nafikan,pada mulanya agak sukar membacanya. Hal ini kerana, banyak yang perlu dibaca. Namun secara peribadi saya merasakan ia sangat bagus kerana melalui pembacaan daripada 2 sumber tersebut saya dapat meningkatkan vocabolary saya . Antaranya ialah perkataan delibrated, aptitude dan lain-lain. Keduanya saya dapat memahami apakah itu Sekolah Bestari yang telah diuar-uarkan selama ini. Sekolah bestari menjadi satu medium bagi membangunkan kebolehan pelajar kelak. Selain itu, guru juga akan mendapat tempiasnya kerana guru turut terlibat dengan projek sekolah bestari. Mereka(guru) adalah penyampai yang utama.

Tugasannya ialah mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut:
1. Apakah maksud sekolah bestari?
2. Bagaimanakah sekolah bestari berbeza dengan sekolah kerajaan yang lain?
3. Apakah Objetif Sekolah Bestari?
4. Bincangkan peranan guru,pelajar dan ibu bapa untuk mencapai objektif Sekolah Bestari?
5. Apakah kemahiran dan pengetahuan yang perlu dimilki oleh guru alaf baru dalam memainkan peranan yang efektif dalam pendidikan Sekolah Bestari?


Melalui pembacaan, Sekolah Bestari adalah institusi pendidikan yang disusun dari aspek pengajaran dan pembelajaran untuk menyediakan dan menyiapkan generasi muda kepada dunia teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang luas dalam sekolah bestari adalah lambang kemajuan dan keupayaan dalam mengadaptasi kecanggihan teknologi untuk digunakan dalam bidang pendidikan. Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) sebagai pemudah cara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. MUDAH,CEPAT,PADAT dan MENARIK. Itulah yang dapat digambarkan melalui Sekolah Bestari.

Apabila menjadi guru kelak, saya merasakan ini adalah sebagai kemudahan untuk membantu guru menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar dan sumbernya tidak terbatas kepada buku teks dimana hanya mengamalkan ’chalk and talk’ sahaja. Bahan-bahan yang dapat ditunjukkan menerusi penggunaan ICT adalah bergerak dan bewarna. Ini akan memudahkan pelajar untuk memahami disamping mewujudkan satu suasana baru dan kondusif untuk belajar dengan seronok.

Semua pihak terlibat dalam menjayakan Projek Sekolah Bestari. Antaranya ialah, pentadbiran sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan pelajar. Penglibatan secara total dan aktif akan membolehkan lima objektif Projek Sekolah Bestari akan dicapai.

Sekolah Bestari menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan institusi pendidikan negara kita. Generasi yang dibentuk melalui Projek Sekolah Bestari diharapkan mempunyai kualiti yang seterusnya akan membangunkan negara kelak.

Proses menganalisis data

Dalam menyiapkan tugasan ini, pembacaan berulang kali dilakukan untuk memastikan jawapan yang di didapati daripada pembacaan adalah sejajar dengan soalan yang telah diberikan. Ini adalah tujuan utama dalam menyiapkan tugasan ini. Pelajar( kami) dapat mencari dan mengeluarkan isi-isi penting berdasarkan soalan yang diberikan. Kemahiran yang dipelajari ialah mencari kata kunci pada soalan untuk mencari jawapan daripada 2 sumber tersebut.

Pembahagian tugas dibuat antara saya dan seorang kawan supaya tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Untuk menyiapkan tugasan ini langkah-langkah tersebut dilakukan

1) melakukan bacaan sepintas lalu pada kali pertama
2) memahami kehendak soalan yang diberikan
3) melakukan pembacaan kali kedua, dan menandakan kedudukan isi-isi berdasarkan soalan. Semasa proses ini pemahaman melalui kata kunci setiap soalan adalah penting supaya idak terkeluar daripada soalan
4) menjawab soalan berdasarkan isi yang diperoleh
5) membaca kali ketiga apabila tugasan selesai untuk memastikan isi yang diperolehi adalah tepat.
6) Semakan terakhir sebelum dihantar


Kemahiran yang deproleh ialah:
1) memahami teks dalam Bahasa Inggeris
2) mengenal pasti isi-isi penting berdasarkan soalan

No comments:

Post a Comment

the ElemenT sOng!!!