Wednesday, October 20, 2010

keisTemewaAn coKlat

coKlat mengGemukkan?????.. slah ea tanggapan tu...jom Kte berkenalan sekejap ngan Coklat nie... sy pasti anda semua x sbar kan????
Coklat telah diperkenalkan pada lebih kurang 500 tahun dahulu. Semenjak ia diperkenalkan permintaan terhadap snek ini tidak pernah berkurangan. Penggemar-penggemar coklat juga terdapat di serata dunia.

Coklat mengeluarkan tenaga segera menggantikan makanan lain. Malah mengeluarkan hormon endorfin yang membuatkan diri berasa seronok. Disamping itu kandungan nutrien lain seperti Kalsium, Potasium, magnesium, zat besi, vitamin A, B1, C, D dan E meninggalkan kesan penyahtoksin yang boleh menyegarkan tubuh.

Coklat gelap dipercayai merawat hipetensi tahap awal. Hipetensi atau tekanan darah tinggi merupakan penyebab meningkatnya risiko penyakit jantung, stroke dan buah pinggang. Penyakit jantung dan pembuluh darah adalah penyebab utama kematian di Negara maju dan negara membangun.

Lebih asli kandungan coklat adalah lebih baik. Jika kandungan coklat melebihi 70% ia akan befungsi menjadi bahan antioksidan yang disyorkan oleh pakar terapi, berbanding teh hijau dan beri biru, kerana coklat mengandungi 2 kali ganda agen antioksidan.

Agen antioksidan ni membantu membebaskan bahan redikal yang merosakkan saluran darah dan jantung. Kadangkala ia dikaitkan dengan penyakit kanser. Bagi kesihatan kulit pula radikal ini akan memecahkan fiber dalam kulit dan menyebabkan mudah timbul tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garisan halus-halus.

Dalam program TV tersebut, mereka telah mendapati pengambilan coklat selama seminggu tidak menyebabkan kandungan sebum di muka bertambah malah didapati kulit menjadi lebih sihat dengan pengambilan coklat.

Oleh itu bagi penggemar coklat anda tidak perlu runsing tentang keburukannya malah anda bebas mengambilnya. Apa yang penting setiap perkara yang kita ingin lakukan biarlah berpada-pada dan ada kesederhanaanya.

No comments:

Post a Comment

the ElemenT sOng!!!